Selamat hari kanak-kanak kepada murid cikgu yang masih kanak-kanak.
Yang paling penting, kita mesti bersyukur. Kenapa cikgu kata kita mesti bersyukur? Jawabnya kerana kita tinggal di Malaysia. Bersyukurlah kerana kalian menjadi kanak-kanak di Malaysia.
Hari ini jika kita menonton televisyen, sudah pasti kita boleh menonton berita tentang pelbagai malapetaka yang sedang berlaku. Ada peperangan di Palestin dan Afghanistan. Ada masalah kebuluran di negara-negara miskin.
Jadi, cuba bayangkan jika kita menjadi sebahagian daripada mereka. Dapatkah kita menyambut Hari Kanak-Kanak dalam suasana yang ceria dan gembira? Tentunya tidak. Bayangkan bagaimana kita dapat menyambut hari kanak-kanak di tengah letupan bom dan peluru? Bayangkan bagaimana kita akan rasa gembira jika orang-orang yang kita sayangi seperti ibu, bapa, kakak, abang, saudara mara dan rakan-rakan kita setiap hari terbunuh?
Cikgu berharap semua murid cikgu sentiasa bersyukur atas rahmat dan nikmat yang ada ini. Oleh itu, sambutlah Hari Kanak-Kanak dengan doa agar semua kanak-kanak di dunia ini, juga akan berasa ceria dan gembira seperti anda semua hari ini.
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nuraisya:Alhamdulillah dan saya sangat bersyukur kerana berada di Malaysia.Berdasarkan catatan di atas saya sekarang sedar bahawa terdapat negara lain yang mengalami kesusahan dan tidak dapat menyambut hari kanak-kanak.Terima kasih kerana dengan adanya catatan cikgu ini,saya mendapat kesedaran dan pengetahuan baru.
ReplyDeleteNuraisya - Penting untuk kita bersyukur dengan nikmat Tuhan. Tanpa kesyukuran, kita akan sentiasa rasa tidak cukup dan tidak puas.
ReplyDeleteApapun, terima kasih, Insya-Allah, cikgu akan menulis catatan dengan lebih banyak di sini nanti.