Puan Azna mempunyai tiga orang anak. Anaknya yang pertama bernama Abu. Anaknya yang kedua bernama Aminah manakala anaknya yang ketiga bernama Ali.
Pada suatu pagi, Abu bangun daripada tidur. Di ruang tamu, dia melihat ibunya sedang menyapu sampah.
"Saya sayang ibu," kata Abu sambil memeluk ibunya. Kemudian dia terus pergi ke halaman rumah bermain-main.
Kemudian, anaknya yang kedua, iaitu Aminah pula bangun. Aminah terus menuju kepada ibunya lalu memeluknya dan mencium pipi ibunya. Sambil itu, Aminah berkata: "Saya sayang ibu."
Selepas itu, Aminah terus ke halaman rumah. Bermain-main dengan Abu.
Tidak lama kemudian, datang pula Ali. Dia menyapa ibunya.
"Saya sayang ibu," kata Ali sambil mencium dan memeluk ibunya. Kemudian, Ali mengambil penyapu dan menyapu halaman rumah mereka.
Pada pendapat kamu, antara Abu, Aminah dan Ali, siapakah yang paling menyayangi ibu mereka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ali.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAli kerana dia seorang sahaja daripada ketiga-tiga orang anak yang sudi membantu ibunya.
ReplyDeleteNuraisya:Pada pendapat saya,Ali yang paling menyayangi ibunya kerana dia membantu ibunya menyapu halaman rumah.Apa pula pendapat cikgu?
ReplyDeletePeroshnah dan Nuraisya - Pastilah Ali yang paling menyayangi ibunya. Dalam kehidupan ini, cara yang paling baik untuk menunjukkan kita menyayangi ibu bapa kita, adalah dengan berbakti kepada mereka.
ReplyDelete